Timbalan Pengarah Narkotik (Operasi/Risikan) Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Deputi Komisioner Zulkifli Ali berkata, serbuan terbabit berjaya menahan sembilan lelaki warga tempatan dalam empat serbuan berasingan.

“Kesemua suspek berusia antara 18 hingga 44 tahun ditahan di sekitar Lembah Klang.

“Operasi lebih tujuh jam bermula kira-kira pukul 7.20 pagi itu berjaya menemukan 136 ketulan dadah jenis ganja,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Mengulas lanjut, Zulkifli turut memberitahu, siasatan awal mendapati dadah tersebut dipercayai untuk pasaran tempatan.

“Selain rampasan dadah, polis turut menyita enam buah kenderaan pelbagai jenis yang dianggarkan bernilai RM673,300 berserta barang kemas,” ujarnya.

Kesemua suspek direman di bawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah bagi siasatan lanjut di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952. – UTUSAN ONLINE