Menurut kenyataan dari Agensi Keselamatan Siber Negara (NACSA), siasatan awal oleh Malaysia Airport Holdings Berhad (MAHB) menunjukkan bahawa gangguan disebabkan kegagalan kelengkapan rangkaian.


“Buat masa ini, semua usaha difokuskan untuk memastikan operasi di KLIA dan KLIA2 kembali pulih sepenuhnya. MAHB telah mengambil dan akan terus melakukan semua langkah yang perlu bagi mempercepat proses itu kembali pulih, “ kata kenyataan tersebut.


Tambahnya, NASCA akan terus memantau dan menjalankan siasatan lanjut dengan semua agensi berkaitan. - BERNAMA