Dalam kejadian kira-kira pukul 8.30 malam itu, suspek berusia 38 tahun dikatakan datang ke premis tersebut bersama isterinya.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Samsor Maarof, isteri suspek kemudiannya dikatakan meminta resit cetakan komputer kepada pekerja tersebut namun atas sebab teknikal mangsa memberikan resit tulisan tangan.

Ujarnya, bagaimanapun, keadaan menjadia kecoh apabila wanita terbabit mendakwa ditampar oleh seorang lelaki tidak dikenali di pipi kiri.

“Berikutan itu menyebabkan suspek meminta bantuan orang awam yang lalu-lalang di kawasan terbabit sehingga menyebabkan berlaku pergaduhan antara dia dengan pekerja premis minuman keras berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambah Samsor berkata, bertindak atas maklumat, pihaknya kemudiannya menahan lapan lelaki warga India dan dua lelaki tempatan termasuk suami wanita terbabit bagi membantu siasatan.

jelasnya, semakan rekod lampau mendapati lelaki itu memiliki tiga rekod lampau berkaitan jenayah dan satu rekod dadah selain masih dikehendaki polis berkaitan satu kes jenayah pada 2017.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan dan semua tangkapan direman sehingga hari ini. Permohonan untuk lanjutan reman akan dipohon hari ini di Mahkamah Selayang,” katanya.-UTUSAN ONLINE