Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed ketika dihubungi mengesahkan perkara itu.

Menurutnya, kedua-dua individu itu direman empat hari bermula hari ini sehingga Sabtu bagi membantu siasatan.

“Seorang lagi lelaki yang turut ditahan semalam bagaimanapun dibebaskan selepas keterangannya diambil,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Semalam, media melaporkan tiga individu termasuk seorang setiausaha politik berusia 29 hingga 37 tahun ditahan di sekitar Johor Bahru kira-kira pukul 2.30 petang.

Kes disiasat mengikut Seksyen 292 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi Multimedia 1998.

Terdahulu, pada Ahad lalu, Haziq Abdullah serta lima lagi lelaki di sekitar Lembah Klang dan direman selama enam hari bagi membantu siasatan.- UTUSAN ONLI