Farhash hadir ke IPD berkenaan kira-kira pukul 9 pagi ini bagi membantu siasatan berhubung kejadian rusuhan bersenjata yang berlaku di Kompleks Sukan Arena All Stars, Taman Dagang Permai dekat sini pada 31 Ogos lalu.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Noor Azmi Yusoff ketika dihubungi mengesahkan perkara itu.

Bagaimanapun, beliau enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu memandangkan siasatan dijalankan oleh pihak Ibu pejabat Kontinjen, Selangor.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat ketika dihubungi berkata, satu kenyataan mengenai perkara itu akan dikeluarkan pihaknya dalam masa terdekat ini.-UTUSAN ONLINE