Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri, Datuk Yahaya Madis berkata, keadaan cuaca yang panas dan kering akibat tidak turun hujan sejak dua minggu kebelakangan ini boleh menyebabkan pembakaran terbuka sukar dikawal.

"Dalam tempoh dua minggu ini kebelakangan ini, berapa kawasan terutamanya di bandar raya ini tidak menerima hujan.

"Jadi, kita nasihatkan supaya orang ramai tidak membuat sebarang pembakaran terbuka kerana dikhuatiri ia sukar dikawal secara tidak langsung menyusahkan anggota untuk tangani isu ini berbanding perkara yang lebih besar," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas selesai Majlis Ikrar Bebas Rasuah bagi Pegawai JBPM Johor di Ibu Pejabat JBPM Johor, di sini hari ini.

Yang turut hadir ialah Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Johor, Datuk Norazlan Mohd. Razali. - UTUSAN ONLINE