Pegawai Turus D7 Kuala Lumpur, Deputi Superintenden Rohazah Alwi berkata, dua wanita berusia lingkungan 50-an tersebut merupakan pemain manakala dua lagi disyaki bertindak sebagai penjaga premis.

"Semakan mendapati penjaga tersebut merupakan warga Indonesia yang diupah dengan bayaran sebanyak RM1,300 sebulan.

"Pelbagai barang telah dirampas seperti komputer riba, tablet, telefon bimbit, modem serta wang tunai," katanya dalam satu kenyataan di sini.

Rohazah berkata, modus operandi digunakan premis judi haram itu adalah penjaga premis akan turun ke bawah mengambil individu yang hendak bermain bagi mengelak dikesan pihak berkuasa.

Ujarnya, siasatan mendapati kegiatan itu dijalankan di tingkat 23 kondominium terbabit sejak seminggu lalu.

"Siasatan masih dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 4B(a)Akta Rumah Judi Terbuka 1953," katanya. - UTUSAN ONLINE