Ketua Polis Daerah Kulai, Superintenden Tok Beng Yeow berkata, kedua-dua suspek ditahan di Flat Temenggong, Kulai, awal pagi ini.

“Bertindak atas maklumat, polis membuat serbuan dan tangkapan terhadap kedua-dua suspek di bawah blok Flat Temenggong, Kulai pada pukul 12.05 tengah hari ini.

“Suspek merupakan seorang wanita berusia 23 tahun dan lelaki itu pula berusia 28 tahun,” ujarnya dalam satu kenyataan, di sini sebentar tadi.

Tambah beliau, polis turut merampas sebuah motosikal, satu helmet, serangkai kunci berserta alat kawalan jauh motokar dan satu cermin mata.

“Berdasarkan siasatan, suspek lelaki mempunyai dua rekod jenayah,” tambahnya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 392/397 Kanun Keseksaan. - UTUSAN ONLINE