Dalam kejadian kira-kira pukul 1 petang, mangsa dikatakan telah pergi ke kawasan tersebut dalam sekumpulan empat orang rakan yang kesemuanya berusia lingkungan 20-an.

Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Osman Mamat berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian itu pada pukul 1.45 petang.

“Dipercayai salah seorang antara mereka hampir lemas dan cuba dibantu oleh salah seorang kawan namun kedua-dua mereka telah lemas.

“Dengan bantuan orang kampung, kedua-dua mayat itu telah ditemukan di dalam sungai berkenaan yang mempunyai kedalaman kira-kira 3.7 meter," katanya di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE