Perintah reman terhadap suspek berusia 19 dan 20 tahun itu dikeluarkan oleh Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Sesyen/Majistret Kuala Terengganu, Noradila Ab. Latiff.

Kedua-dua lelaki itu ditahan selepas bungkusan plastik dan sisa makanan yang dicuri mereka ditemukan di pondok pengawal kira-kira pukul 3.30 petang.

Difahamkan, kejadian itu hanya disedari salah seorang kakitangan di pasar raya tersebut semasa membuat pemeriksaan di pondok pengawal.

Antara barangan makanan yang dicuri adalah ayam goreng, piza segera, roti dan muffin coklat dengan nilai keseluruhan adalah RM38.80.

Kes disiasat mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan kerana mencuri dalam bangunan. - UTUSAN ONLINE