Ketika kejadian pada pukul 8.20 pagi itu, Noor Izham Bin Ismail, 40, terkorban apabila motosikal jenis Yamaha Y15ZR yang ditungganginya dipercayai terbabas lalu melanggar tiang lampu jalan dan terjatuh atas jalan.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Selangor, Superintenden Azman Shari’at berkata, Noor Izham mengalami cedera parah di bahagian kepala dan dibawa ke Hospital Sungai Buloh untuk rawatan lanjut.

“Namun Noor Izham disahkan meninggal dunia semasa mendapatkan rawatan di hospital pada pukul 9.50 pagi.

“Mangsa disahkan meninggal dunia ketika mendapatkan rawatabndi Zon Merah kerana kecederaan di kepala,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Azman memberitahu, kematian Noor Izham disahkan oleh Pegawai Forensik Hospital Sungai Buloh, Dr. Tan Ran Zhi.

“Hasil siasatan awal mendapati kemalangan itu berlaku di sebuah jalan lurus, dua lorong dan dua hala.

“Keadaan permukaan jalan ketika itu dilaporkan kering dan tidak berhujan. Selain itu tiada kamera litar tertutup (CCTV) dan tiada saksi bebas dikesan,” ujarnya.

Tambahnya, kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. Jika orang ramai mempunyai maklumat lanjut mengenai kejadian diharap mereka dapat menyalurkan maklumat lanjut kejadian kepada Inspektor Hasanal Hasif Johari di nombor 019-2264650. – UTUSAN ONLINE