Menurut sumber, suspek lelaki berusia 52 tahun itu ditahan kira-kira pukul 11 pagi di Pejabat SPRM negeri di Georgetown di sini selepas hadir memberi keterangan.

“Suspek didapati mengemukakan dokumen tuntutan elaun lebih masa untuk bulan Januari hingga Jun 2017 berjumlah RM3,000, sedangkan dia tidak melakukan kerja lebih masa,” katanya di sini hari ini.

Sementara itu, Pengarah SPRM negeri, Datuk Wan Ramli Wan Abdullah ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut.

Katanya, kes itu disiasat mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009.

Dalam pada itu, suspek dijangka dituduh di Mahkamah Majistret Butterworth di sini esok. - UTUSAN ONLINE