Dalam kejadian pada pukul 7 petang itu, seorang lelaki tempatan dikatakan datang ke gerai kebab dijaga mangsa untuk meminjam senduk namun tidak diendahkan.

Warga Yemen berusia 23 dan 31 tahun itu enggan meminjamkan senduk atas alasan ia untuk dijual sehingga mengakibatkan berlaku pertengkaran di antara mereka sebelum mangsa diserang dan dipukul.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohd. Fahmi Visuvanathan Abdullah berkata, pihaknya telah menahan lima lelaki tempatan yang berada di lokasi kejadian untuk siasatan lanjut.

"Kelima-lima lelaki tersebut kemudian dibebaskan semalam selepas siasatan mendapati mereka tidak terlibat secara langsung dalam kejadian dan hanya bertindak meleraikan pergaduhan tersebut.

"Kita sedang mencari dua lelaki berusia lingkungan 40-an dan 50-an yang bertindak memukul mangsa," katanya di sini hari ini.

Tambahnya, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan. - UTUSAN ONLINE