Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Dzulkhairi Mukhtar berkata, kejadian itu berlaku apabila mangsa bertemu suspek pada pukul 10.45 malam.

“Suspek memberitahu pengadu untuk menyerahkan telefon bimbit itu terlebih dahulu untuk diperiksa sebelum memberitahu mangsa akan mengambil wang dalam kenderaannya.

“Suspek yang kemudian memasuki kenderaannya terus memecut meninggalkan pengadu yang turut ditemani adiknya pada masa kejadian,” katanya dalam satu kenyataan, di sini sebentar tadi.

Sehubungan itu, pengadu membuat laporan polis berhubung kejadian itu dan kes akan disiasat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan. - UTUSAN ONLINE