Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintenden Mohd. Asri A.Wahab berkata, pihaknya mengesahkan menerima laporan polis Juwairiya yang dibuat menerusi pengawal pengiringnya, Abdul Basar Sulaiman, di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Selangor, semalam.

“Setakat ini belum ada tangkapan dan kes kini dijalankan USJT, JSJ Bukit Aman,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Kuala Lumpur , 24 Jun 2009 -Adun Kawasan Batu Caves , Amirudin
AMIRUDIN SHARI 

Pada masa sama, di Shah Alam, Timbalan Ketua Polis daerahnya, Nek Zaidi Zakaria ketika dihubungi Utusan Malaysia turut mengesahkan perkara tersebut.

“Kita ada menerima laporan polis berhubung tuduhan skandal daripada pegawai khas Menteri Besar pagi semalam. Perkara ini juga disiasat oleh USJT, JSJ Bukit Aman,” ujarnya.

Awal minggu ini, kecoh di media sosial apabila beberapa pihak mendakwa skandal seks di Hotel Four Point, Sandakan, bukan hanya sekadar menjerumuskan Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali tetapi turut melibatkan Amirudin.

Amirudin dituduh ada skandal dengan Juwairiya dan kononnya pergerakan kedua-dua pemimpin muda PKR ini terakam melalui sistem kamera litar tertutup (CCTV) hotel berkenaan, juga pada tarikh 11 Mei 2019, sebagaimana tarikh melibatkan Azmin.

Bagaimanapun, Amirudin dan Juwairiya secara tegas menafikan tuduhan tersebut dan menyifatkannya sebagai fitnah serta turut mempersiapkan barisan peguamnya untuk mengambil tindakan undang-undang. - UTUSAN ONLINE