Komander PPM Wilayah 4 Sabah, Asisten komisioner, Mohamad Pajeri Ali berkata, kesemua mereka ditahan di tiga lokasi berasingan di perairan Batu Mandi, Sikuati dan Simpang Mengayau.

“Selain rampasan minyak kita turut menemukan wang tunai sebanyak RM52,735 (657,500 Peso) dalam kesemua serbuan berkenaan.

“Hasil siasatan mendapati, minyak berkenaan dipercayai cuba diseludup keluar ke Filipina,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambah Mohamad Pajeri, kesemua tahanan dan barang rampasan kemudiannya dibawa ke pangkalan Markas Operasi PPM Kudat untuk siasatan lanjut di bawah Akta Imigresen 1959 dan 1963 serta Akta Kawalan Bekalan 1961.- BERNAMA