Kes itu juga menunjukkan peningkatan sebanyak 59 kes atau 95.3 peratus.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersil negeri Superintenden Ahmad Azizul Mohamed berkata, bagi tempoh Januari hingga 10 Ogos tahun ini pula sebanyak 99 kes direkodkan melibatkan kerugian sebanyak RM791,000.

Beliau berkata, peningkatan kes itu disebabkan orang ramai mudah terpedaya dengan pinjaman dan syarat yang ditawarkan oleh sindiket itu berbanding bank serta institusi kewangan lain.

“Sindiket ini menggunakan laman sosial facebook dan risalah untuk memperdaya mangsa dan kebanyakannya yang menjadi mangsa adalah orang awam yang telah disenaraikan hitam oleh pihak bank dan memerlukan wang segera.

“Mangsa ini juga mempunyai baki gaji wang kecil membataskan mereka untuk membuatkan pinjaman dengan institusi kewangan yang sah," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Ahmad Azizul berkata, berdasarkan statistik sepanjang tahun lalu, sebanyak 17 kertas siasatan melibatkan kes PTW di negeri ini berjaya diselesaikan dengan pertuduhan di mahkamah berbanding 2017, hanya lapan kertas siasatan.

Tambahnya, syarat pinjaman yang mudah diberikan sindiket ini telah menarik minat golongan yang disenarai hitam oleh pihak bank dan memerlukan wang segera. - UTUSAN ONLINE