SAMSOR MAAROFNOTATERBITANUTUSAN23 JANUARI 2019RABUMUKA 48230119UARCHIVED BY MHM

Dalam kejadian kira-kira pukul 2.30 petang itu, mangsa berusia 21 tahun dan dua rakan sekerja dikatakan mengiringi lelaki berkenaan yang juga bekas penuntut untuk keluar dari asrama itu.

Lelaki berkenaan diberhentikan daripada pengajian selepas didapati positif ganja.

Ketua Polis Daerah Gombak Asisten Komisioner Samsor Maarof berkata, beagaimanapun, tiba-tiba dia bertindak ganas serta mengacukan pisau dan batang besi ke arah mangsa.

Menurutnya, suspek dipercayai bengang apabila diminta keluar menyebabkan dia mengeluarkan kata-kata berbaur ugutan.

“Suspek diminta keluar dari bilik berkenaan kerana sudah diberhentikan pengajian bermula semalam selepas didapati positif ganja.

“Bagaimanapun suspek enggan sambil didakwa mengeluarkan perkataan ‘I will kill you. I’m from Afghanistan. If you come back, i will kill u’,” katanya dalam kenyataan dikeluarkan di sini hari ini.

Tambahnya, laporan polis dibuat mangsa dan suspek berjaya ditangkap untuk disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan.-UTUSAN ONLINE