Polis menahan penyanyi yang berusia 41 tahun itu bersama seorang rakan lelaki selepas menemukan sepaket dadah dipercayai jenis syabu.

Kedua-dua mereka ditahan pada pukul 11.30 malam tadi kerana berada dalam keadaan mencurigakan semasa menunggang sebuah motosikal jenis Yamaha LC 135.

Hasil pemeriksaan ke atas mereka, polis menemukan serbuk putih dipercayai dadah disembunyikan di dalam dompet penyanyi tersebut.

Kedua-dua mereka juga didapati positif penggunaan dadah, hasil saringan awal ujian air kencing yang dijalankan.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 15(1)(a) akta yang sama.

Penyanyi itu baru-baru ini menjayakan konsert mini reunion kumpulan yang dianggotainya sebelum ini, mereka dijangka mengadakan konsert sama di Stadium Malawati, Shah Alam pada 28 September ini dan di Singapura pada 5 Oktober depan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Mohd. Taib Ahmad mengesahkan penahanan itu, namun beliau enggan mengulas lanjut. - UTUSAN ONLINE