Difahamkan, suspek terlibat dalam penyelewengan dana dalam organisasi berkenaan sejak empat tahun lalu.

Suspek yang sebelum ini pernah ditahan untuk siasatan pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada September tahun lalu dikehendaki hadir ke mahkamah pada pukul 8.30 pagi esok.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Latheefa Koya berkata, suspek akan menghadapi pelbagai pertuduhan di bawah Seksyen 23 Akta SPRM 2009.

"Butiran mengenai pertuduhan suspek akan diketahui esok di mahkamah," katanya dalam kenyataan hari ini. - UTUSAN ONLINE