Timbalan Ketua Polis negeri, Senior Asisten Komisioner Che Zakaria Othman berkata, sidang akhbar itu dilewatkan kerana proses bedah siasat yang dilakukan di Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ) di sini masih belum selesai.

"Bedah siasat masih dijalankan, anggaran selesai dalam tempoh dua jam lagi. Sidang akhbar akan diadakan pada pukul 8 malam," katanya kepada pemberita di pekarangan Jabatan Perubatan Forensik HTJ di sini hari ini.

Kira-kira 50 petugas media termasuk dari luar negara berada di hospital berkenaan bagi menunggu keputusan bedah siasat mayat remaja tersebut yang bermula pagi tadi.

Difahamkan ada antara mereka yang tiba seawal pukul 7 pagi lagi.

Mayat Nora Anne yang hilang dari sebuah resort di Pantai di sini pada 4 Ogos lalu ditemukan pasukan mencari dan menyelamat kira-kira 2.5 kilometer dari resort berkenaan pada pukul 1.57 petang semalam. - UTUSAN ONLINE