Ketua Pegawai AADK Besut, Noor Hafizza Mat Zin berkata, dua bersaudara yang masing-masing berusia 51 dan 17 tahun itu ditahan dalam sebuah rumah di Kampung Padang Bual, Hulu Besut manakala seorang lagi yang ditangkap berumur 41 tahun.

“Remaja yang difahamkan hanya bersekolah setakat tahun enam itu mengakui mengambil pil kuda sejak enam tahun lalu kerana terpengaruh dengan rakan semasa belajar di sekolah pondok.

“Bapa saudaranya yang juga seorang duda terlibat dengan dadah selama 19 tahun dan mula menagih selepas mengalami tekanan perasaan ekoran berpisah dengan isteri,” katanya kepada pemberita.

Menurut Noor Hafizza, kes disiasat di bawah Seksyen 3 (1) Akta Penagih Dadah (Rawatan Dan Pemulihan) 1983 Pindaan 1998. - UTUSAN ONLINE