Dalam serbuan pada pukul 5 petang itu, seorang lelaki berusia 57 tahun yang dipercayai pemilik premis dan empat pekerja warga asing ditahan untuk diambil keterangan.

Ketua Pegawai Penguatkuasa KPDNHEP negeri, Khalid Tik berkata, kejayaan itu hasil risikan selama dua minggu oleh anggotanya berdasarkan maklumat yang diterima daripada orang awam berhubung aktivitipenyelewengan barang kawalan baja di premis tersebut.

Katanya, siasatan mendapati, syarikat yang diperiksa itu bukan sahaja tidak mempunyai lesen barang kawalan baja yang sah daripada KPDNHEP malah tidak pernah membuat permohonan untuk memproses, menyimpan dan menjual baja kawalan tersebut.

“Syarikat itu dipercayai menjadikan kilang berkenaan sebagai tempat pemprosesan dan penyimpanan baja kawalan.

“Selepas memproses bahan-bahan mentah termasuk habuk kayu dan tanah bakar, mereka akan membungkus dan mengedarkannya kepada pelanggan di seluruh negeri ini dan sekitarnya,” katanya dalam sidang akhbar dikilang itu di sini hari ini.-UTUSAN ONLINE