Ketua Polis Negara, Datuk Seri Abdul Hamid Bador berkata, pihaknya turut mengalu-alukan tindakan dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS).

“Kita juga menerima surat layang berkaitan salah laku dan isu rasuah, JIPS diketuai oleh Datuk Zamry Yahya sendiri banyak turun padang bagi menyedarkan serta memberi amaran terhadap mereka yang terlibat.

“Saya sedih tapi saya harus terima hakikat bahawa masih ada segelintir yang masih berdegil,” katanya selepas merasmikan katanya selepas Majlis Penutupan Perkhemahan Kor Kadet Polis Peringkat Kebangsaan Kali Ke-21 di Kem Bina Semangat di Kuala Kubu Bharu di sini hari ini.

Kelmarin, empat anggota trafik Ibu pejabat Polis (IPD) Hulu Selangor ditahan JIPS Bukit Aman selepas dipercayai menerima rasuah.

Sementara itu, SPRM turut menahan enam anggota serta Timbalan Pendakwa Raya dan seorang peguam ditahan SPRM pada Rabu lalu dipercayai terlibat dengan rasuah bagi melepaskan pendatang asing tanpa izin yang sepatutnya dihantar ke depoh tahanan imigresen. - UTUSAN ONLINE