Kejadian kira-kira pukul 1 petang itu menyebabkan mangsa yang berusia 76 tahun cedera di kepala akibat dipukul dengan menggunakan sebatang kayu.

Ketua Polis Daerah, Superintenden Mohd. Zamri Mohd. Rowi berkata, sebelum kejadian mangsa dikatakan menegur anak lelakinya yang berusia 39 tahun itu kerana sering meminta duit daripada isterinya.

"Selepas dipukul anaknya, mangsa kemudian datang ke Balai Polis Jerteh untuk membuat laporan sebelum mendapatkan rawatan di Hospital Besut.

"Siasatan mendapati suspek memiliki sembilan rekod jenayah lampau antaranya di bawah Seksyen 380, 379A, dan 411 Kanun Keseksaan," katanya di sini hari ini.

Menurut Mohd. Zamri, usaha mengesan suspek kini giat dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan. - UTUSAN ONLINE