Beliau bagaimanapun tidak menjelaskan secara lanjut mengenai bentuk masalah yang dihadapi tersebut.

“Ketika ini, ada masalah teknikal sedikit. Bagaimanapun, kita sedang giat berunding dengan negara berkaitan yang menjadi lokasi persembunyian Jho Low.

“Jho Low adalah seorang penjenayah, beliau harus pulang menghadapi proses perundangan negara ini,” katanya ketika menghadiri program Bicara Politikonomi yang disiarkan RTM melalui TV1, malam tadi.

Dalam program itu, Abdul Hamid sekali lagi memberikan jaminan ahli perniagaan itu tidak akan menjadi mangsa penganiayaan selepas pulang ke negara ini.

“Menjadi tanggungjawab polis bahawa tidak ada sebarang penganiayaan (selepas Jho Low pulang),” ujarnya.

Pada 7 Julai lalu, media melaporkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) masih berunding dengan pihak berkuasa negara di mana Jho Low bersembunyi bagi membawa pulang individu berkenaan yang terlibat dalam skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Abdul Hamid bagaimanapun berkata, usaha itu memerlukan langkah yang cermat dan berhati-hati bagi memastikan tidak tersilap langkah. - UTUSAN ONLINE