Hakim Mahkamah Sesyen Klang, Datin M. Kunasundary menjatuhkan hukuman tersebut selepas tertuduh yang berusia 25 tahun mengaku bersalah atas ke atas semua empat pertuduhan termasuk satu pertuduhan pindaan.

Kunasundary dalam penghakimannya menegaskan kesalahan tertuduh itu amat menjijikan dan diumpamakan sebagai harapkan pegar, pegar makan padi serta memerintahkan hukuman penjara dijalankan secara berasingan daripada tarikh dia ditangkap 8 Mac lalu.

"Sepatutnya tertuduh membimbing dan melindungi darah dagingnya namun apa yang dilakukan hanya memuaskan nafsu dan perbuatan sebegini perlu dibendung," jelasnya di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE