Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) negeri, Datuk S. Dev Kumar berkata, serbuan tersebut melibatkan 18 jualan loteri haram, lima judi siber, tiga berjudi dalam premis dan empat judi di tempat awam serta tiga gelanggang sabung ayam.

Katanya, operasi dijalankan pasukan JSJ Ibu pejabat Polis Kontinjen (IPK) dan daerah di Kuching, Miri, Bintulu, Sibu, Padawan, Bau, Simunjan, Sarikei, Samarahan, Betong, Serian, Dalat dan Sri Aman.

“Hasil kesemua serbuan itu, polis berjaya merampas pelbagai peralatan serta wang tunai sebanyak RM13,990 disyaki hasil aktiviti haram berkenaan.

“Sejumlah RM7,442 berjaya dirampas hasil serbuan di pusat menjual loteri haram, RM6,014 (judi holo) dan RM534 (judi siber),” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambahnya, kes disiasat mengikut Akta Rumah Judi Terbuka 1953 dan Ordinan Mencegah Kezaliman Terhadap Haiwan 1952. - UTUSAN ONLINE

Infografik:

Serbuan-serbuan dijalankan JSJ Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) dan Daerah:

1) JSJ IPK - 1 serbuan (dijalankan di Simunjan)

2) Kuching - 7 serbuan

3) Miri - 7 serbuan

4) Bintulu - 3 serbuan

5) Sibu - 2 serbuan

6) Padawan - 2 serbuan

7) Bau - 2 serbuan

8) Simunjan - 2 serbuan

9) Sarikei - 2 serbuan

10) Kota Samarahan - 1 serbuan

11) Betong - 1 serbuan

12) Serian - 1 serbuan

13) Dalat - 1 serbuan

14) Sri Aman - 1 serbuan