Dia yang menetap di bandar itu menyatakan berasa takut untuk keluar ke mana-mana buat masa ini.

“Saya nak pandang tingkap pun takut. Kalau boleh tak nak tengok sesiapa yang tidak dikenali ketika ini,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia hari ini.

LIYANA AZIZUL
LIYANA AZIZUL 

Menurut Liyana, keadaan di Christchurch ketika ini di ka­wal ketat oleh pihak polis.

Walau bagaimanapun, dia masih berasa risau lebih-lebih lagi dengan penampilannya yang bertudung menjadikan­nya mudah dikenal pasti sebagai seorang Muslim.

Kejadian itu sa­ngat mengejutkan kerana me­nurutnya komuniti di Christchurch sangat ramah dan Muslim diterima baik di sana.

“Mereka baik, malah rakan-rakan sepejabat juga banyak membantu melindungi saya ketika mula-mula mendapat berita kejadian itu berlaku.

“Pejabat saya memang dekat dengan tempat kejadian memandangkan bandar Christchurch ini kecil. Selepas kejadian mula serius, saya tidak berani keluar dari pejabat sehinggalah pengurus saya menawarkan diri untuk menghantar saya ke rumah rakan,” katanya.

Bercakap mengenai rakyat Malaysia yang terlibat dengan serangan tersebut, Rahimi Ahmad, 39, Liyana berkata lelaki itu memang dikenali dalam kalangan orang Malaysia di Christchurch.

Dia mengakui berasa sedih mendengar berita bahawa Rahimi menjadi mangsa serangan tersebut namun lega selepas mengetahui lelaki itu terselamat.

Liyana sudah tiga tahun menetap di Christchurch di mana dia bekerja sebagai Penasihat Cukai di sebuah syarikat antarabangsa.