Dalam serbuan kira-kira pukul 4.30 petang, seorang lelaki berusia 41 tahun yang merupakan penghuni rumah tersebut turut ditahan.

Timbalan Komander Polis Marin Wilayah Tiga, Superintendan Azmi Ahmad berkata, ketika serbuan, pihaknya menjumpai 40 botol air ketum yang diisi penuh dalam botol berukuran 1.5 liter setiap satu.

“Pemeriksaan lanjut menemukan 30 botol lagi air yang siap dimasukkan dalam kotak ais berwarna oren di ruang hadapan rumah bagi pasaran segera dengan harga RM15 sebotol.

“Penghuni rumah berkenaan ditahan mengikut Seksyen 30(3) Akta Racun 1952 untuk siasatan lanjut. Hasil ujian air kencing mendapati suspek positif Methaphetamine,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Azmi berkata, pihaknya turut merampas satu periuk berisi daun ketum dan sisa rebusan, dapur dan balang gas yang digunakan untuk memasak bahan berkenaan. - UTUSAN ONLINE