Itu taktik yang dilakukan Jabatan Imigresen Selangor untuk menahan PATI yang dipercayai bekerja di kawasan kebun selain kedai runcit, restoran dan rumah kediaman di sekitar Batang Kali dan Rawang, dekat sini semalam.

Operasi yang bermula pada pukul 4 petang hingga 11.30 malam itu berjaya menahan 44 PATI kerana tinggal lebih masa, tidak mempunyai dokumen pengenalan diri dan pelbagai kesalahan imigresen yang lain.

Pengarah Imigresen Selangor, Mohamad Shukri Nawi berkata, mereka yang ditahan ialah seorang warganegara Myanmar, Thailand (9), India (14), Bangladesh (2), Pakistan (7) dan Indonesia, 11 orang.

“Kesemua yang ditahan telah ditahan di Depot Imigresen Semenyih untuk disiasat di bawah Seksyen 6(1)(c), Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan 39(b) di bawah Peraturan-peraturan Imigresen 1963,” katanya di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE