Kesemua mereka ditahan kira-kira pukul 2.30 petang oleh sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik ibu pejabat polis daerah Seberang Perai Utara (SPU) meneruis Ops Tapis.

Menurut Ketua Polis SPU, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd. Noor, polis turut menemukan sebanyak 20.7 gram dadah dipercayai heroin dan 1.6 gram dipercayai syabu bersama-sama suspek.

Menurut beliau, hasil siasatan mendapati dadah yang dirampas itu adalah untuk kegunaan sendiri selain dijual dengan nilai rampasan dianggarkan RM1,600.

“Ujian air kencing juga menunjukkan semua suspek positif dadah jenis MOP dan methamphetamine dan mereka kini direman selama tujuh hari bermula semalam.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 39B; Seksyen 12(2) dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Dalam pada itu, Noorzainy menegaskan, pihaknya akan sentiasa mengambil tindakan serta menjalankan operasi narkotik berterusan secara agresif ke atas pengedar-pengedar dadah di daerah iitu.

Sehubungan itu, tambahnya, beliau mengharapkan kerjasama daripada masyarakat untuk membantu polis dengan menyalurkan sebarang maklumat berkaitan aktiviti pengedaran dan penyalahgunaan dadah di daerah tersebut. - UTUSAN ONLINE