Empat kawasan tersebut adalah Air Hitam, Jitra, Changlun dan Kodiang yang melibatkan premis yang berselindung di sebalik perniagaan menjual telefon bimbit, kedai makan dan pakaian terpakai.

Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintenden Mohd. Ismail Ibrahim berkata, operasi dijalankan bermula pukul 10 pagi itu dan melibatkan seramai 11 anggota dan pegawai dari Bahagian Siasatan Jenayah Daerah dan lima orang kakitangan syarikat utiliti itu.

Kata beliau, ia adalah berdasarkan hasil maklumat awam dan risikan pihaknya yang diketuai Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Daerah, Asisten Superintenden Shuhaimi Joohari.

“Kesemua premis ini telah berada dalam senarai polis sejak 2018 dan sehingga kini, untuk dipohon pemotongan bekalan elektrik.

“Operasi pemotongan bekalan elektrik itu dijalankan mengikut peruntukan Seksyen 21A(1) Akta Rumah Judi Terbuka 1953,” katanya di sini, hari ini.

Dalam operasi itu, seorang wanita berusia 20-an yang dipercayai diupah untuk menjalankan aktiviti urusniaga judi dalam talian di sebuah premis menjual pakaian terpakai di Jitra di sini, ditahan bagi membantu siasatan pihak polis.

Difahamkan kegiatan haram itu sudah beberapa kali diserbu pihak polis tetapi masih menjalankan operasi. - UTUSAN ONLINE