Ketua Polis Daerah Pontian, Superintenden Mustafa Bakri Salleh, kedua-dua lelaki tersebut yang juga dipercayai penagih dadah berusia 23 dan 25 tahun menetap di Ayer Baloi di sini.

“Hasil siasatan mendapati modus operandi mereka adalah bagi mendapatkan komponen dan alat ganti yang dicuri seterusnya dijual.

“Kegiatan ini dilakukan sejak dua tahun lalu dengan melupuskan rangka motosikal ke dalam Sungai Sanglang yang jauh dari kawasan orang ramai,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pontian di sini semalam.

Mustafa Bakri berkata, sebanyak empat rangka motosikal berjaya ditemukan dalam Sungai Sanglang.

Beliau berkata, kedua-dua suspek direman 12 hari dan kes disiasat di bawah Seksyen 379 A(1) kanun keseksaan.

Sehubungan itu, Mustafa menasihatkan pemilik motosikal menekankan aspek keselamatan ketika meninggalkan kenderaan tersebut terutama di tempat awam bagi menge­lakkan dicuri.