Kedu-dua suspek berusia lingkungan 30-an itu ditahan sepasukan polis Seberang Perai Tengah (SPT) menerusi Ops Pencegahan Jenayah kira-kira pukul 8 malam.

Ketua Polis Daerah SPT, Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Abdul Hamid berkata, dalam serbuan itu, pihaknya menemukan sebuah periuk besar mengandungi 70 bungkus air ketum yang telah siap di proses dan di bungkus.

Tambanya, siasatan awal mendapati suspek baru sahaja siap membungkus air ketum bernilai RM700 untuk diedarkan kepada pelanggan di sekitar daerah ini.

“Siasatan juga mendapati dua lelaki yang tidak bekerja ini mendapatkan bekalan daun ketum daripada sindiket di negeri jiran sebelum memprosesnya sendiri,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Menurut Nik Ros Azhan, suspek kini di reman selama empat hari bagi membantu siasatan dan kes berkenaan di siasat menurut Seksyen 30(3) Akta Racun 1952.

Sementara itu, dalam perkembangan lain, tambahnya, polis menahan seramai lima lelaki yang sedang berpesta dadah dalam serbuan di sebuah rumah di Jalan Kilang Ubi, Cherok Tok Kun, di sini kira-kira pukul 11.10 malam tadi.

Jelasnya, pemeriksaan di rumah milik seorang daripada yang ditahan itu menemukan sejumlah dadah jenis heroin dan syabu serta air ketum.

“Ujian air kencing ke atas lima lelaki berkenaam juga mendapati mereka positif dadah dan kini di reman untuk siasatan lanjut,” katanya. - UTUSAN ONLINE