Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) Asisten Komissioner, Nik Ros Azhan Nik Abdul Hamid berkata, kedua-dua suspek berusia 30 dan 34 tahun itu ditahan selepas pihak polis menyerbu stor berkenaan kira-kira pukul 12.30 tengah hari.

“Dalam serbuan berkenaan pihak polis turut menemui dadah jenis methamphetamine seberat 0.22 gram, dua laras senapang angin buatan sendiri dan 2,000 biji peluru senapang angin.

“Kita percaya senjata ini di gunakan untuk kegiatan jenayah namun siasatan lanjut masih dilakukan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Menurutnya, suspek lelaki tempatan itu mempunyai dua rekod jenayah lampau berkaitan dadah.

Kata beliau, polis juga percaya dua suspek yang bekerja buruh ini mempunyai kepakaran untuk membuat senapang angin.

“Kita masih menyiasat sama ada ia turut dijual kepada pembeli lain dan suspek ditahan reman selama empat hari bagi membantu siasatan,” katanya. - UTUSAN ONLINE