Perbuatan terkutuk dua lelaki berusia 17 dan 19 tahun itu terbongkar apabila mangsa mengadu sakit perut.

Ketua Polis daerah ini, Superintenden Mohd. Said Ibrahim berkata, keluarga mangsa yang menyedari perkara tersebut telah membawanya mendapatkan pemeriksaan di Hospital Kemaman kira-kira pukul 9.30 malam, Ahad lalu.

Menurutnya, pemeriksaan lanjut mendapati mangsa yang sudah tidak bersekolah itu telah hamil 36 minggu dan selamat melahirkan bayi perempuan pada hari yang sama.

“Hasil soal siasat lanjut terhadap mangsa mendapati mangsa telah dirogol dua abangnya bermula akhir 2017 ketika mereka menetap di Kuantan, Pahang.

“Siasatan mendapati mangsa dan keluarganya berpindah ke daerah ini pada bulan Ogos tahun lalu dan perbuatan terkutuk itu berterusan sehingga mangsa disahkan mengandung pada Mei lalu,” katanya.

Kata Mohd Said, berikutan itu satu laporan dibuat di Balai Polis Chukai pada keesokan harinya.

“Susulan itu dua suspek ditahan dan direman untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 376B Kanun Keseksaan kerana sumbang mahram,” katanya. - UTUSAN ONLINE