Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Sarawak, Senior Asisten Komisioner Dennis Leong Soon Kuai berkata, kesemua suspek yang ditahan di Kuching, Padawan, Sri Aman, Sarikei, Sibu, Bintulu dan Miri berusia antara 17 hingga 51 tahun.

“Bertindak atas maklumat dan risikan polis, serbuan dilakukan di pusat-pusat menjual nombor loteri haram, judi dalam talian serta judi holo.

“Hasil serbuan, polis berjaya merampas 12 unit telefon bimbit, tiga komputer riba, slip pertaruhan dan perkakasan lain,” katanya dalam kenyataan akhbar di sini sebentar tadi.

Tambahnya, kesemua 17 suspek lelaki dan dua wanita itu akan ditahan reman bagi siasatan lanjut.

“Kes ini disiasat mengikut Akta Rumah Judi Terbuka 1953,” ujarnya. - UTUSAN ONLINE