Dalam operasi bermula pukul 4.30 petang hingga 6 petang itu, sebanyak 14 warga asing serta seorang majikan berusia antara 25 hingga 37 tahun ditahan.

Kesemua PATI yang ditahan merupakan lapan warga Indonesia; Bangladesh (3); Nepal (2) dan seorang Filipina serta bekerja sebagai pembancuh air, tukang masak dan pelayan di premis tersebut.

Pengarah Imigresen WPKL, Hamidi Adam berkata, siasatan lanjut mendapati kesemua tangkapan telah menyalahgunakan pas lawatan sosial, tinggal dengan lebih masa serta gagal mengemukakan dokumen perjalanan yang sah.

“Pemeriksaan turut dilakukan terhadap 36 warga asing di 11 premis medan selera di pusat beli-belah tersebut.

“Bagaimanapun, sebanyak 21 individu dilepaskan kerana memiliki dokumen dan permit kerja yang sah,” katanya kepada Utusan Malaysia hari ini.

Tambah Hamidi, kes disiasat di bawah Seksyen 6(1)(c) dan 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 serta Peraturan 39(b), Peraturan-peraturan Imigresen 1963. - UTUSAN ONLINE