Shuhaily didakwa hari ini atas dua pertuduhan cederakan polis

Shuhaily didakwa hari ini atas dua pertuduhan cederakan polis

MOHD. SHUHAILY MOHD. ZAIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: “Esok saya bersedia untuk menghadapi proses sistem perundangan negara. Saya reda dan menghormati apa juga keputusan dan akan hadir mahkamah.”

Demikian maklum balas Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS), Datuk Seri Mohd. Shuhaily Mohd Zain ketika dihubungi media ditanya mengenai dakwaan pertuduhan yang akan dihadapinya berkaitan kes mengasari dua anggota polis di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 28 September lalu.

Kata Mohd. Shuhaily, sepertimana yang pernah dinyatakan sebelum ini, perubahan untuk memperbaiki sempadan Malaysia mempunyai harga lebih mahal.

Memuatkan artikel berkaitan…

Beliau kemudian merakamkan ucapan terima kasih kepada rakyat Malaysia yang sentiasa memberikan sokongan kepadanya dalammelaksanakan tugas yang diamanahkan.

“Saya juga berterima kasih kepada mereka yang terus mendoakan dalam mempermudahkan saya menjalankan tugas,” jelasnya.

Peguam Negara, Tan Sri Mohd Dusuki Mokhtar sebelum ini mengesahkan Mohd. Shuhaily akan dituduh di Mahkamah Majistret Sepang, hari ini.

“Saya sahkan Datuk Shuhaily akan dituduh di mahkamah pada esok pagi (hari ini) atas dua pertuduhan kerana dengan sengaja mencederakan dua pegawai rendah polis di tempat kejadian. Pertuduhan Seksyen 323 (Kanun Keseksaan) kerana sengaja menyebabkan kecederaan terhadap pegawai rendah PDRM (Polis DiRaja Malaysia),” katanya ketika dihubungi semalam.

Pada 28 September lalu, tular video memaparkan Mohd. Shuhaily memarahi dua individu di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini