Norhayati terima hakikat pemergian suami, anak

Norhayati terima hakikat pemergian suami, anak

AZLAN Rozali melawat kakaknya, Norhayati Rozali yang masih dirawat di Hospital Kuala Lumpur (HKL). – GAMBAR IHSAN KELUARGA AZLAN ROZALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KAMPAR: Wanita yang terselamat dalam nahas membabitkan tiga beranak maut dirempuh lori Jabatan Imigresen di ibu negara minggu lalu kini sudah dapat menerima kenyataan tragedi yang berlaku.

Norhayati Razali, 55, yang masih dirawat di Hospital Kuala Lumpur (HKL) berkata, wa­laupun reda dengan apa yang berlaku, dia tetap bersedih dan pilu apabila hilang tiga insan tersayang dalam sekelip mata.

Katanya, dia masih terkejut dan sedih sejak mendapat tahu suaminya, Shaik Mohd. Firdaus Shaikh Yahya, 53, dan dua anak perempuan mereka, Siti Nor Sazlin, 25, serta Siti Darwisyah Auni, 12, maut di tempat kejadian.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Sedih dan pilu hati saya apabila hilang tiga insan tersayang dalam sekelip mata. Namun saya reda dan berharap supaya roh ketiga-tiga orang tersayang ditempatkan dalam kalangan orang yang soleh,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia semalam.

Dalam pada itu, Norhayati berharap permohonan untuk dipindahkan ke Hospital Teluk Intan diluluskan bagi memudahkan ahli keluarga melawat dan menjaganya.-UTUSAN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini