Tiga cedera kereta dihempap pokok tumbang

Tiga cedera kereta dihempap pokok tumbang

KERJA-KERJA menyelamat sedang dilakukan oleh pasukan bomba dengan kerjasama MBPP dan APM selepas sebatang pokok besar tumbang menghempap sebuah kereta di Jalan Macalister, George Town, Pulau Pinang.-IHSAN JBPM PULAU PINANG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGE TOWN : Tiga individu termasuk seorang kanak-kanak perempuan cedera selepas kereta dinaiki mereka naiki dihempap sebatang pokok jenis angsana setinggi 30 meter di Jalan Macalister menghala ke Komtar di sini, pagi tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Pulau Pinang, John Sagun Francis berkata, kanak-kanak tersebut yang berusia sembilan tahun mengalami kecederaan pada bahagian tangan.

Dua lagi mangsa yang dipercayai datuk dan nenek kepada kanak-kanak berkenaan yang masing-masing berusia 66 dan 68 tahun pula cedera pada bahagian dada serta hidung dan tangan kiri.

Terdahulu katanya, bomba menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu kira-kira pukul 9.12 pagi sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jalan Perak segera  ke lokasi.

“Sebaik sahaja tiba di tempat kejadian, Pasukan Keluaran Operasi (PKO) segera menjalankan kerja-kerja pemotongan dan pembersihan pokok tumbang tersebut dibantu pihak Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).

“Mangsa yang terlibat juga telah diberikan rawatan awal oleh petugas Kementerian Kesihatan yang berada di lokasi sebelum dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut,” katanya hari ini.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×