Dua polis maut, empat cedera diserang penyeludup dadah di Tak Bai

Dua polis maut, empat cedera diserang penyeludup dadah di Tak Bai

TIGA lelaki disyaki anggota penyeludup dadah rentas sempadan ditahan susulan kejadian dua anggota polis ditembak mati manakala empat lagi cedera dalam satu operasi di Daerah Tak Bai, Thailand pagi tadi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NARATHIWAT (THAILAND): Dua anggota polis terbunuh, manakala empat lagi parah dalam kejadian berbalas tembak dengan anggota sindiket penyeludupan dadah di kebun sawit dekat Ban Bueng Chalam, Mukim Phrai Wan di Daerah Tak Bai pagi tadi.

Dalam kejadian 11.48 pagi itu, anggota yang maut itu dikenali sebagai Sarjan Mejar Amran Ha dan Koperal Witthaya Chai Phromkaew, sementara empat yang parah Sarjan Mejar Traithos Kulsanthawashiri; Koperal Wannuchit Sae Kho; Leftenan Kittipong Srikhum serta Koperal Polis Phannakit Sri Nakitja.

Jurucakap Pusat Operasi Keselamatan Dalam Negeri Wilayah 4 (ISOC 4) berkata, serbuan dilakukan suspek melepaskan tembakan ke arah pegawai dan anggota polis mengakibatkan dua anggota terbunuh di tempat kejadian.

“Maklumat awal menunjukkan pelaku bersembunyi di kawasan hutan kira-kira 1.7 kilometer dari tempat kejadian, namun tiga daripadanya menyerah diri kepada polis.

“Dua suspek yang melepaskan tembakan itu sempat melarikan diri ke kawasan hutan berhampiran sambil membawa senjata api,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Sumber memberitahu, seramai 54 anggota, termasuk ketua kampung, pengawal keselamatan kampung dan Sukarelawan Pertahanan Wilayah, dikerahkan menubuhkan pusat pemeriksaan.

Katanya, selain itu rondaan di tujuh 7 zon meliputi kawasan mukim Phrai Wan dan Salamai turut dijalankan.

“Ini dilakukan untuk memintas laluan melarikan diri, memeriksa individu dan kenderaan yang mencurigakan.

“Pasukan keselamatan juga menutup laluan di kawasan itu bagi mengelak suspek melarikan diri ke Malaysia,” ujarnya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×