Lima kerusi ‘panas’ jadi tumpuan

Lima kerusi ‘panas’ jadi tumpuan

AMINUDDIN Harun (tengah) bersama empat lagi calon PH di DUN Chuah, Sri Tanjung, Lukut dan Bagan Pinang berarak ke pusat penamaan calon di Kompleks Pentadbiran Daerah Port Dickson, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Terdapat lima ke­rusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam Pilihan Raya Nege­ri (PRN) Negeri Sembilan yang dijangka berlaku persaingan sengit dalam kalangan calon bertanding.

Kerusi pertama sudah tentulah DUN Linggi apabila Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun yang juga Menteri Besar bakal disaingi dua lagi calon.

Aminuddin dicabar penyandang Datuk Mohd. Faizal Ramli dari Barisan Nasional (BN) dan calon dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Zamri Md. Yunus.

Ramai berpandangan Aminud­din mengambil risiko besar bersaing di kerusi itu walapun beliau merupakan Ahli Parlimen Port Dickson memandangkan Linggi adalah kubu kuat BN sejak sekian lama.

Pada PRN 2023 lalu, Mohd. Faizal menang menewaskan Zamri yang pada ketika itu mewakili Perikatan Nasional (PN) dengan 1,461 majoriti undi.

Kerusi seterusnya adalah DUN Sikamat, kawasan yang disandang Aminuddin sejak 2008 sebelum memilih ke Linggi.

Di kerusi itu, Setiausaha Politiknya, Nor Azman Mohamad akan cuba mempertahankan kerusi itu buat PH sambil disaingi oleh dua lagi calon iaitu, Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Tun Faisal Ismail Aziz dan calon Perikatan Nasional (PN), Datuk Razali Abu Samah.

Kerusi bersempadan iaitu DUN Ampangan juga dijangka sengit selepas keputusan PRN lalu menyaksikan majoriti tipis iaitu sebanyak 329 undi.

PH pastinya akan berusaha keras menang di kerusi berkenaan dengan kali ini menampilkan calon baharu iaitu Timbalan Pengerusi Majlis Pimpinan Ne­geri Keadilan Negeri Sembilan, Datuk Nazri Kassim.

Beliau akan disaingi dua lagi calon iaitu dari PN yang juga merupakan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di situ, Datuk Dr. Mohamad Rafie Ab. Malek dan juga calon Bersatu, Noor’azah Harun.

Selain itu, Paroi yang memiliki jumlah pengundi paling ramai juga dijangka sengit apabila penyandangnya dari PN, Kamarol Ridzuan Mohd Zin akan ditentang dua lagi calon lain.

Mereka ialah, setiausaha akhbar kepada Menteri Besar Negeri Sembilan yang juga Setiausaha Pemuda Amanah Nasional, Ahmad Shahir Mohd. Shah dan juga Ketua Penerangan Bersatu Negeri Sembilan, Mohd. Nazree Mohd. Yunus.

Kerusi DUN Labu tidak juga tidak terkecuali apabila penyandangnya yang juga Ketua Badan Pimpinan Bersatu Negeri Sembilan, Mohamad Hanifah Abu Baker akan disaingi oleh calon PH yang juga Penyelaras DUN Labu, Datuk Ahmad Faez Abdul Razak selain calon BN, Siti Umaira Hasim. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN