Kelantan roboh premis, penempatan Rohingya atas tanah kerajaan

Kelantan roboh premis, penempatan Rohingya atas tanah kerajaan

SEBAHAGIAN anggota penguat kuasa yang terlibat dalam operasi merobohkan penempatan etnik Rohingya di Tanah Merah, Kelantan hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Kerajaan Kelantan merobohkan sebuah premis dan tiga rumah kediaman yang dibina secara haram oleh etnik Rohingya atas tanah milik kerajaan di Pechong, di sini hari ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Hilmi Abdullah berkata, ia dibuat selepas pihak tidak bertanggungjawab menceroboh tanah kerajaan dan mendirikan struktur tanpa kelulusan merancang atau kebenaran bertulis daripada pihak berkuasa.

Katanya, memburukan lagi keadaan premis tersebut kemudian disewakan kepada Rohingya.

“Antara struktur yang dirobohkan ialah sebuah bangunan yang dijadikan sebagai pusat pengajian agama dan tiga buah rumah kediaman yang dibina tanpa kebenaran di atas tanah milik Pesuruhjaya Tanah Kelantan (PTK).

“Tindakan tegas ini diambil bagi membanteras kegiatan pencerobohan tanah kerajaan secara haram, selain membendung isu penempatan warga asing tanpa dokumen sah,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Hilmi memberitahu, kerajaan negeri akan terus mengambil tindakan tegas tanpa kompromi terhadap mana-mana pihak yang menceroboh, memajukan atau menyewakan tanah rizab serta tanah kerajaan secara haram kepada warga asing.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN