Industri EV perlu diimbangi lonjakan nilai tambah domestik

Industri EV perlu diimbangi lonjakan nilai tambah domestik

JOHARI ABDUL GHANI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pembangunan industri kenderaan elektrik (EV) negara tidak wajar disandarkan kepada kemasukan pelaburan asing semata-mata.

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Datuk Seri Johari Abdul Ghani (gambar) berkata, ia harus diimbangi de­ngan lonjakan nilai tambah domestik, pemerkasaan rangkaian vendor tempatan dan pelaksa­naan pemindahan teknologi.

“Langkah strategik ini amat penting bagi memastikan ekosistem automotif tempatan kekal kompetitif, lestari dan te­rus berfungsi sebagai nadi utama pertumbuhan ekonomi negara,” katanya menerusi jawapan bertulis di Parlimen semalam.

Beliau menjawab soalan Mohd. Nazri Abu Hassan (PN-Merbok) berkenaan rasional kerajaan memperkenalkan pera­turan baharu terhadap pengeluar dan penjual EV di Malaysia.

Johari berkata, usaha mena­rik pelaburan asing perlu dilaksanakan secara seimbang dan berhati-hati tanpa mengabaikan pembangunan industri automotif tempatan, khususnya pengeluar nasional.

“Dalam hal ini, kerajaan telah meneruskan pemberian insentif cukai untuk EV yang dipasang secara tempatan (CKD) sehingga 31 Disember 2027.

“Ia bagi membolehkan industri tempatan menghasilkan EV yang lebih kompetitif untuk memenuhi permintaan pasaran, di samping memperkukuh pem­bangunan rantaian bekalan domestik,” katanya.-UTUSAN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN