Dalam industri hartanah yang sentiasa berubah, kejayaan sesebuah organisasi bukan hanya bergantung kepada angka jualan, tetapi turut dipengaruhi oleh keupayaan membina pasukan, menjaga kepercayaan pelanggan dan melahirkan tenaga profesional berkualiti.
Prinsip itu menjadi pegangan Pengasas merangkap Pengarah Urusan Maxxan Realty, Sam Jee Yik Seng, dalam membangunkan syarikat berkenaan sejak ditubuhkan pada 2017.
Katanya, perjalanan membina sebuah organisasi dalam bidang hartanah memerlukan kesabaran, komitmen dan usaha berterusan.
“Pencapaian ini adalah hasil dedikasi ejen-ejen perunding hartanah, barisan kepimpinan dan pasukan sokongan yang sentiasa berusaha memberikan perkhidmatan terbaik.
“Lebih penting, ia mencerminkan kepercayaan yang diberikan pelanggan serta komitmen kami untuk terus melahirkan lebih ramai profesional Bumiputera yang mampu bersaing dalam industri hartanah,” katanya.
Bermula dengan visi untuk membuka lebih banyak peluang kerjaya dalam bidang hartanah, Maxxan Realty berkembang secara berperingkat dengan memberi tumpuan kepada pembangunan ejen melalui latihan, bimbingan dan sokongan berterusan.
Baginya, ejen perunding bukan sahaja membantu urusan jual beli hartanah, tetapi turut menjadi penghubung penting antara pelanggan dan pasaran yang semakin kompleks.
Justeru, persediaan dari segi ilmu, kemahiran komunikasi serta pemahaman terhadap perubahan industri menjadi antara aspek yang diberi perhatian dalam membentuk ejen yang lebih profesional.
Pendekatan tersebut turut menyumbang kepada pengiktirafan daripada The Asia Records sebagai Agensi Ejen Perunding Hartanah (REN) Bumiputera Terbesar 2025.











