PETALING JAYA: Burger King® Malaysia memperkenalkan produk eksklusif iaitu Kamera Mini KingCam.
Barangan koleksi edisi terhad itu hasil kolaborasi bersama Coca-Cola, boleh dimiliki secara eksklusif melalui kempen Vibe Check with KingCam Mini. Camera.
Menurut Burger King, kamera berkenaan boleh diperolehi melalui dua pilihan set hidangan. Set berkenaan ialah Set Hidangan Medium Nachos Cheese Deluxe dengan 4 ketul Nuggets pada harga RM25.95, atau Set Hidangan Medium Ayam Goreng 2 ketul dengan Nachos Cheese Dunk pada harga RM27.40 (termasuk cukai jualan dan perkhidmatan (SST) sebanyak 6 peratus).
“Melalui pembelian mana-mana set terpilih, anda boleh mendapatkan KingCam Mini Camera pada harga istimewa beli-dengan-beli RM59.90, dengan kad SD 1 GB sekali (nilai runcit: RM99).
“Direka khas melalui kolaborasi bersama Coca-Cola, KingCam Mini Camera direka untuk merakam detik-detik yang patut diingati: makanan sedap, kawan-kawan tersayang dan waktu yang menyeronokkan. Lebih daripada sekadar koleksi edisi terhad, inilah cara anda untuk jadi sebahagian daripada vibe itu. Dan satu-satunya jalan untuk memilikinya adalah melalui Burger King®. Jangan sampai ketinggalan, pastikan anda antara yang tarawal memilikinya,” katanya dalam kenyataan.
Sementara itu, Ketua Pemasaran, Burger King Malaysia, Leong Huey Ying berkata: “Berkumpul sambil menikmati makanan yang sedap memang sudah sebati dalam budaya kita sebagai rakyat Malaysia.
“Melalui kempen Vibe Check with KingCam Mini Camera, kami ingin meraikan momen-momen kecil yang menjadikan setiap pertemuan lebih bermakna. KingCam dicipta untuk mengabadikan detik-detik itu, memberi pelanggan kami cara yang lebih menyeronokkan untuk merakam kenangan sebelum ia berlalu.”
KingCam Mini Camera boleh didapati di cawangan Burger King® Malaysia terpilih di seluruh negara selagi stok masih ada. – UTUSAN







