Bom kereta gegarkan istana raja Thailand di Narathiwat

Bom kereta gegarkan istana raja Thailand di Narathiwat

ANGGOTA bomba memadam kebakaran selepas bom kereta diletupkan di hadapan Balai Polis Tan Yong di bandar Narathiwat, Thailand malam tadi. - IHSAN ISOC
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NARATHIWAT (THAILAND): Satu serangan bom menggunakan kereta menggegarkan pintu masuk Istana Thaksin Ratchaniwet di Mukim Kalawuo, Daerah Mueang di sini berhampiran Balai Polis Tan Yong, malam tadi.

Letupan kira-kira pukul 7.20 malam itu menyebabkan tembok premis balai polis berkenaan runtuh, namun tiada kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan.

Jurucakap Pusat Operasi Keselamatan Dalam Negeri Wilayah 4 (ISOC 4) berkata, siasatan awal mendapati sekurang-kurangnya empat individu menolak sebuah kereta sebelum meninggalkannya berhampiran pintu masuk balai polis tersebut.

“Selepas kumpulan terbabit melarikan diri, kereta itu kemudian meletup dan terbakar. Kekuatan letupan menyebabkan tembok balai polis runtuh.

“Sejurus menerima panggilan kecemasan, anggota tentera, polis dan Unit Pelupusan Bom mengepung lokasi bagi menilai kerosakan, mengumpul bukti serta mengesan pihak yang bertanggungjawab,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Jurucakap itu memberitahu, siasatan awal turut mendapati kenderaan itu dipenuhi bahan letupan buatan sendiri (IED) seberat lebih 80 kilogram.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN