‘Selekoh Maut Kilometer (KM) 53’ dalam Google Maps

‘Selekoh Maut Kilometer (KM) 53’ dalam Google Maps

KEADAAN terkini KM53 JRTB Gerik-Jeli iaitu lokasi tragedi nahas bas yang mengorbankan 15 pelajar UPSI pada 9 Jun tahun lalu. – UTUSAN/FADZIL ZAINOL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GERIK: ‘Selekoh Maut Kilometer (KM) 53’ di Jalan Raya Timur Barat (JRTB) Gerik-Jeli, Kelantan telah dilabelkan dalam aplikasi Google Maps merujuk lokasi kemalangan bas mengorbankan 15 penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang berlaku setahun lalu.

Berdasarkan tinjauan Utusan Malaysia baru-baru ini, keadaan lokasi itu sudah banyak berubah.

Berbanding setahun lalu, lokasi itu kini telah dipasang dengan lampu jalan dan besi penghadang baharu yang dilihat lebih kukuh.

Seorang penduduk daerah ini, Shuhada Hamzah, 40, berkata, dia sering mengingatkan keluarganya mengenai nahas ngeri setiap kali melalui JRTB.

“Malah bangkai bas itu yang masih berada di hadapan Ibu Pejabat Polis Daerah Gerik sentiasa mengingatkan kami di sini tentang kemalangan tersebut,” katanya.

Insiden tersebut berlaku pada awal pagi 9 Jun 2025 membabitkan sebuah kereta dan sebuah bas membawa 42 pelajar UPSI selain dua pemandu bas dari Jertih, Terengganu menuju ke kampus universiti di Tanjung Malim, Perak.

Menurut pengumpul koleksi sejarah JRTB, Mohd. Fadzil Abdul Aziz, 49, nahas itu merupakan tragedi terburuk dalam sejarah moden laluan Gerik-Jeli.

“JRTB indah dengan pemandangan hijau namun tetap mempunyai risiko tersendiri. Setiap kali melalui kawasan nahas, pasti teringat kembali detik hitam itu,” katanya yang meminati sejarah JRTB.

Jalan raya itu dibuka pada 1 Julai 1982 setelah mengambil masa 12 tahun untuk disiapkan.

Sewaktu tempoh pembinaannya pada era 1970-an, projek itu sering berdepan dengan ancaman bersenjata pengganas komunis.-UTUSAN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN